Kembali ke halaman UTAMA : Jurnal JL Blogger Mania

Sunday, March 16, 2008

Permulaan JL BLogger Mania Musim Pertama

banner rasmi JL Blogger Mania musim pertama


JL Blogger Mania musim pertama telah dibuka pendaftaran pada 23 Julai 2007 dan pendaftaran juga telah ditutup pada 3 Ogos 2007. Alhamdulillah, pertandingan yg pertama kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yg agak baik dari forumer JL. Walau pun penyertaan masih agak sedikit berbanding pertandingan2 lain namun buat permulaan ianya sudah memadai bagi aku. Malah kerana pertandingan ini juga, aku telah berjaya menarik 3 forumer baru utk Jomlayan walau hanya seorang sahaja yg masuk bertanding.

Anda boleh melihat sendiri senario di sekitar pendaftaran JL Blogger Mania di sini >> PENDAFTARAN JL BLOGGER MANIA

Pada musim pertama ini, cara permainannya agak mudah sahaja. Iaitu :

- peserta akan diberikan beberapa ITEM WAJIB yg perlu diletakkan di blog peserta... peserta yg mempunyai ITEM WAJIB akan diberi markah manakala yg tidak mempunyai ITEM WAJIB akan ditolak markah
- pada setiap minggu.. peserta akan diberikan satu tajuk tugasan pada setiap minggu utk dimuatkan ke dalam blog peserta.. markah akan diberikan utk tugasan yg dipersembahkan dgn paling kreatif..
- peserta dgn markah terendah akan dikeluarkan dr permainan

Peserta juga dikehendaki memasukkan item2 wajib seperti berikut :
1. Button 88 x 31 – linking ke JomLayan JomLayan
2. Shoutbox
3. Kalendar / Jam
4. Hit Counter
5. Banner JL BLOGGER MANIA

Oleh kerana ramai peserta juga terdiri drp org2 yg masih belajar membina blog sendiri, jadi aku telah membuka kelas bermula dr 30 Ogos 2007. Kelas ini tidaklah dikendalikan secara pakar, tetapi lebih kpd membantu peserta bagaimana utk memasukkan item2 wajib tersebut ke blog mereka dan juga memberi idea kepada mereka bagaimana pertandingan ini.

Dari segi hadiah pula, alhamdulillah, pihak admin Jomlayan sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM100 utk pemenang. Selain itu Neezie salah seorang forumer Jomlayan pula dgn berbesar hati telah menyumbangkan sebuah Blook (buku Blog) sebagai hadiah untuk pemenang pertama. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka.

Aku telah pun menjemput ANDRE & BAGUZNET sebagai Juri Khas pertandingan ini. Aku juga membuka POLL khas utk juri awam iaitu forumer2 Jomlayan sendiri mengundi peserta yg mereka sukai. Format markah yg aku tentukan juga adalah simple iaitu :

50% markah dr JURI KHAS
50% markah dari JURI AWAM

Terima kasih aku ucapkan pada Andre & Baguznet kerana sudi menjadi juri bg pertandingan ini. Juga Terima kasih kepada Diablo yg telah membantu mereka banner rasmi JL Blogger Mania musim pertama.

Alhamdulillah sekali lagi, pada 6 Ogos 2007 pertandingan musim pertama telah bermula dan tamat pada 16 September 2007.

No comments: